Bismillahirrahmanirrahim,
flashback...??
PUISI 2012, memberi ruang kepada aku mendalami surah al-Kahfi, subhanallah, terlalu banyak ibrah yang diperoleh hingga terasa sangat rugi andai tak dikongsi bersama. Lantas keputusan diambil, akan ku kongsi sedikit ilmu yang ada dengan adik-adik usrah tercinta.. tapi setelah sekian lama, hanya tahun ni mampu direalisasikan...
Dua tahun... baru datang balik rasa... mungkin sebab inferior tu ada, lantas dipendam sahaja kerana risau tak berlaku adil pada kisah yang ada dalam kitab yang diturunkan Dia...
tapi sebuah hadith sentiasa bermain di minda, kata Rasulullah S.A.W
"sampaikan daripadaku walaupun hanya sekadar satu ayat"...
nah.. sudah tiada alasannya...
antara ketidakmampuan dan kewajiban, maka digagahkan juga jari menaip sedikit rasa yang ada tentang al-Kahfi.. mainly untuk ingatan diri sendiri.. so here goes nothing...
_________________________________________________
[Al-Kahf]
Al-kahfi,
Bukan setakat kisah pemuda yang lari daripada,
kesempitan dunia kepada keluasan gua,
lari daripada pemerintah yang kejam durjana,
demi menjadi sebenar-benar hamba kepada Dia,
lantas ditidurkan mereka,
tiga ratus dan sembilan tahun lamanya,
dan kita sekadar tertanya-tanya,
berapakah bilangan mereka,
sedangkan terlalu banyak hikmah dalam cerita,
pemuda al-kahfi yang diulang baca,
bukan sekadar cerita semata-mata,
tapi juga ingatan kepada semua,
yang "in shaa Allah"-nya kadang-kadang lupa,
juga kisah sang pekebun yang dua,
disangka nikmat kekal selama-lamanya,
lantas kufur dengan nikmatNya,
terus dibalas kekufurannya dengan balasan dunia,
agar sedar apalah guna nikmat harta,
andai tak dikembali kepadaNya,
juga kisah Khidir dengan si Musa,
yang sarat dengan isinya,
kenapa dilubangkan perahu, apakah untuk menenggelamkan penumpangnya?
kenapa dibunuh kanak-kanak tidak berdosa?
didirikan dinding rumah yang roboh tapi tak diminta imbalannya?
alangkah anehnya perlakuan Khidir pada Si Musa,
soalan yang aku kira tidak ada salahnya,
kalau sekadar nak ikut rasional kita,
tapi kerana Musa lupa syarat awalnya,
yang mana sabar adalah kuncinya,
tapi sabar hanyalah sebahagian daripada ibrahnya,
kerana ada juga ingatan kepada kita semua,
akan hakikat yang ilmu kita ini ada batasnya,
akan sentiasa ada yang lebih daripada kita,
walau hebat manapun diri dirasa,
jangan dirasa kita tahu semua,
maka ambillah masa untuk dengar semua cerita,
gunakan ilmu yang ada untuk menganalisa semua,
barulah konklusi mampu dibuat seadilnya.
juga kisah seorang pemuda,
Dzulqarnain diberi nama,
yang kisahnya bakal menakjubkan semua,
tapi panjang ceritanya,
dan sungguh hebat ibrahnya,
tapi diri ini telah kehabisan idea,
untuk nukilkan dengan sebaiknya,
agar mampu di-absorb seluruhnya,
jadi mungkin bakal dikongsi dalam entry seterusnya,
doakan sahaja...
___________________________________________
sekadar sedikit coretan kepada diri yang terkadang lupa, nilai surah yang diulang baca..
