Saat hati ingin berbicara, namun lidah kelu seribu bahasa,
kata-kata seakan tiada guna,
kerana apalah bahasa jika dibanding dengan luahan dari jiwa..
saat itu hanya sendu dan tangis mengiring cerita,
lirikan mata penuh duka bertakung air mata,
renungan lesu penuh redha..
kerana aku tahu meski insan tak mampu mendengar bicara,
namun aku akan sentiasa ada Dia.
Dalam bisu aku bercerita, dalam sendu aku bermadah kata,
dalam sujud hati berbicara, cukuplah Dia untuk ku adu cerita.
Dan kembara itu menyaksikan satu babak baru dalam hidupku. Sebuah kembara untuk tarbiyah hati, mencari Ilahi menerusi duniawi agar diri tak terbelenggu dalam sekularisme yang memandang tarbiyah ruhiyah hanya daripada satu sisi.. Mengenal diri yang makin menyepi... Menyaksikan budaya yang berbeza yang tak pernah kujangka meski bumi yang kita pijak tak jauh beza. . Mendengar luahan sahabat menyedarkan aku akan hakikat cabaran yang berbeza. Melihat bumi Allah yang luas, langit yang cerah, tersungkur sujud tanda "alhamdulillah".
............................................................................................................................
".... dah jadi makin pendiam, kalau dulu ligat berbicara tapi kini sepi tanpa kata" "Adah dah jadi pendiam" kata seorang sahabat.. dan kata-katanya membuat aku terkesima.. entah mengapa, saat itu air mata mengalir laju (sejak dua menjak ni mmg tangki air mata ni bocor agaknya -.-'' ). Mungkin ada benarnya. Mungkin tarbiyah di bumi ini membuatkan aku lebih gemar mendengar, bukan lagi bercerita kerana aku sekadar ingin mendengar cerita mereka agar aku lebih dekat dengan Dia. Maafkan aku andai aku kurang bicara kerana aku tak ingin bicara kisah duka yang hanya bakal mengundang air mata.
Biarlah kisahku kekal antara aku dan Dia. Mungkin suatu hari nanti aku bisa bercerita tentang kisah yang sama namun pada pandangan yang berbeza, mungkin tika itu aku sudah bisa tersenyum dengan sebuah cerita 'duka'.. (dan saat ini aku sudah mampu mengukir senyum dengan kisah yang lama, alhamdulillah.. : ')
.......................................................................................
Terkejut melihat mereka, apalagi mendengar cerita yang takkan mampu kuduga.. tapi mungkin itulah penangan budaya berbeza. Aku yang jahil ilmunya sekadar menjadi pendengar setia, mungkin ada sebab di sebalik cerita. Mungkin aku yang terlalu naif kerana hidup dalam biah yang terlalu selesa sehingga tak kenal dunia. mmmmm.. mungkin... tapi otak ini sering kali membuat spekulasi menandakan perlunya dijernihkan lagi sehabis daya, namun itu bukti aku hanya seorang manusia.. bukan tempat untuk aku menilai, sekadar memilih yang mana kaca yang mana permata dengan ilmu yang cetek di dada. Namun kini kusedar, konteks kita berbeza, mungkin itulah antara sebabnya. Mungkin ilmu sama levelnya namun direzekikan faham itu berbeza-beza. Dan bila masuk bab rezeki, itu semua kerja Dia dan siapalah aku untuk memaksa "kefahaman" yang sama pada insan berbeza, kerana memberi "faham" itu hanya hak Dia. Kerana mungkin "kefahaman" itulah yang terbaik untuk dia dan mereka.. dan kini aku mampu melihat cerita itu dari sudut yang berbeza, bukan lagi pada salahnya mereka tapi pada cekalnya mereka cuba menjernihkan budaya yang ada, kerana itulah "faham" mereka.. mungkin ada salah silapnya tapi kubiarkan itu... kerana al-Ghaffar nya Dia..
................................................................................................................
Dan aku mendengar luahan sahabat-sahabat yang penuh liku hidupnya. Tak pernah ku duga sampai begitu sekali cubaannya. Mungkin itulah tanda kasihnya Dia, menghamparkan cabaran yang kukira sangat unik hanya untuk dia dan mereka. Pada setiap ketika akan ada cabarannya dalam bentuk dan rupa yang berbeza, sunyilah hidup jika tanpa dugaanNya. Nasihat seorang sahabat yang tak akan aku lupa "Dengarlah radio".. erkkkkkk.. betul ker yang aku dengar tu.. tenang dia menjawab " Sebab ada cerita yang pelbagai. Tentang kisah hidup orang yang berbeza. Sedih, gembira, lawak atau sekadar hambar, lesu tak bermaya. Tapi ia penting kerana ia mengingatkan kita tentang BANYAKNYA MANUSIA SELAIN KITA.." mmmmmm~ terima kasih atas nasihat yang kukira amat berharga, tentang hakikat hidup ini bukan sekadar cerita aku atau dia, tapi hidup ini cerita tentang kita SEMUA.. dan SEMUA itu besar konteksnya. Dan kini aku mampu tersenyum dengan cabaran yang ada kerana aku cuba melihatnya sebagai tanda cintanya Dia untuk mengajar aku agar lebih dewasa.. Alhamdulillah.. :)
"Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa. Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata."
:: Dan kenangan itu kukira bukan duri tapi lebih mengajar aku erti. Lantas aku pilih untuk kekalkan cerita itu tapi dengan cara yang berbeza.. Mungkin sakitnya tetap terasa, tapi wanginya tetap ada... ::
Dear me : Think twice before you do anything. Cubalah positifkan pandangan. Nilailah sesuatu dengan mata lebah dan bukan mata lalat.. ambil masa untuk me"review" semula kisah yang sama, nescaya akan berbeza fahamnya...
P/s : Jz a step for me to move forward in a much positive attitude dan agar memori UK yang dulunya tak berapa indah kini subur dgn ibrah.. senyum.. tak perlu kata apa-apa.. ^^